Pengenalan





MAAHAD TAHFIZ MUMTAZATUT TAQWA
LOT 3234, JALAN DENGKIL, KG BOUNDRY 
BUKIT CHANGGANG, 42700 BANTING, SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 012-3244895 / 012-4392604     EMAIL : mumtazatuttaqwa@gmail.com 



KURIKULUM TAHFIZ 


KELAS TAHFIZ SEPENUH MASA


"MEMPERKASA JIIL AL-QURAN"





بَلْ هُوَ ءَايَاتُ بَيّنَتُ فِى صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُو اْ الْعِلْمَ وَمَا تَجْحَدُ بِئاَيَتِنَا إِلاَّ الظَّلِمُونَ

Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu*. dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim.

Maksudnya: ayat-ayat Al Quran itu terpelihara dalam dada dengan dihafal oleh banyak kaum muslimin turun temurun dan difahami oleh mereka, sehingga tidak ada seorangpun yang dapat mengubahnya




Disediakan oleh;


MUDIRAH
MAAHAD TAHFIZ MUMTAZATUT-TAQWA




_____________________________________



PROFIL
MAAHAD TAHFIZ MUMTAZATUT-TAQWA

PENGENALAN
Usaha-usaha  untuk  mewujudkan  satu  sistem  pendidikan  Islam  yang  tulin  yang  berteraskan  Al–Quran  dan  As–Sunnah  memerlukan  satu  penggembelingan  tenaga daripada semua  lapisan  masyarakat  Islam  sama ada  ahli  ekonomi  mahupun  para  cendikiawan  ke  arah  mendokong  cita–cita  dan  semangat  Islam.

PITAS telah menerima sumbangan wakaf dalam bentuk sebidang tanah seluas dua ( 2 ) ekar dengan kelengkapan infra – struktur bangunan.Hasrat pewakaf adalah untuk harta wakafnya dimanafaatkan bagi pembangunan Al-Quran khususnya untuk program tahfiz.Lokasi harta wakaf ini yang didaftarkan dengan Perbadanan  Kemajuan Wakaf Negeri Selangor terletak di Bukit Changgang dengan nama Kem Bina At-Taqwa.Atas perkara ini PITAS telah melantik exco Kuala Langat iaitu ust Mohd Shahir bin Ramli untuk membuka maahad tahfiz yang akan beroperasi pada 06/01/2013 atas nama Maahad Tahfiz Mumtazatut-Taqwa.Maahad tahfiz ini hanya dikhususkan untuk pelajar perempuan sahaja yang dijangka dalam 50 orang pelajar akan memulakan sesi 2013.


Firman  Allah  S.W.T;

اِنَّمَا يَخْشَى اَللّه عِبَادِهِ اَلعُلَمَاء


Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang takut akan Allah s.w.t dari kalangan hamba-hambanya, hanyalah Ulama-Ulama.




Bermula  dari  sinilah  terbentuknya  satu  lembaga  pentadbiran  dan  pengurusan  bagi  menjalankan  amanah  ini.
Maahad Tahfiz Mumtazatut-Taqwa  ini  merupakan  sekolah agama  persendirian /sekolah agama rakyat yang tidak menerima apa-apa bantuan  tetap dari mana – mana agensi  kerajaan atau bukan kerajaan dan tidak menerima  apa-apa bantuan  dari mana-mana pihak.
Maahad ini terletak di sebidang tanah  seluas 0.7689 hektar,tanah EMR 4109 Lot 3234 Mukim Tg. X11 Daerah Kuala Langat terletak kira-kira 23Km dari KLIA dan pekan Banting.Kampung ini dikenali dengan Kampung Boundry,Lot 3234 Jalan Dengkil Bukit Changgang Kuala Langat.    
Pengurusan Maahad Tahfiz Mumtazatut-Taqwa ditadbir oleh sebuah  jawatankuasanya sendiri.Maahad Tahfiz Mumtazatut-Taqwa diwujudkan juga  tidak berorentasikan keuntungan  ianya  lebih kepada menawarkan perkhidmatan  kepada masyarakat.Sedia maklum  masyarakat  luar kini sedang dilanda krisis moral, aqidah dan  akhlak  yang sangat-sangat  memerlukan pendidikan  Al-Quran dan agama sebagai pelengkap pendidikan  kebangsaan arus perdana dewasa ini.   Peningkatan permintaan  memasuki  maahad ini  terus  meningkat  dari masa kesemasa


  
SUMBER KEWANGAN
Pengurusan Maahad Tahfiz Mumtazatut-Taqwa juga mengambil pendekatan  memberi peluang penglibatan  masyarakat  awam setempat diluar sana  sama-sama  membantu  menjayakan cita-cita murninya kearah  melahirkan insan Al Quran yang berketerampilan , berilmu , beriman , beramal dan  berakhlak mulia.Sumber kewangan utama melalui  kutipan  yuran  pelajar RM  400.00  sebulan .Atas perkara ini pihak  maahad  akan terus  berusaha mendapatkan  sumbangan dan derma  dari orang perseorangan  maupun  pertubuhan  bagi menampung   kos pengurusan dan  pentadbiran  yang meningkat  dari semasa kesemasa .

JUMLAH PELAJAR
Jumlah pelajar yang  akan mengikuti program  hafazan seramai 70 orang.  Pelajar-pelajar maahad  ini akan  di  bimbing oleh 4  orang  guru hafizah sepenuh masa,seorang kerani,tukang masak dan pekebun.

KEMUDAHAN
Asrama,dewan syarahan besar dan kecil,dewan makan,surau dan bilik air,perpustakaan,4 unit untuk kelas,5 unit rumah guru,pejabat,bilik mensyuarat dan kedai.

VISI
Melahirkan  generasi  insan  Al-Quran yang  berilmu, beriman , beramal, bersepadu, berakhlak  mulia, dan berkemampuan  membawa dan  menyampaikan  risalah Islam kepada masyarakat.

MISI
Membina masyarakat  Islam yang  berteraskan  Al-Quran dan Sunnah  serta  seimbang dengan  pendidikan arus perdana  berupaya  membangunkan ummah  mengikut perkembangan  dunia tanpa sempadan.

OBJEKTIF
1)     Melahirkan generasi  penghafal  Al–Quran  yang  mahir, berketerampilan  dan beramal dengan isi kandungan  Al–Quran, sekaligus  sebagai  Al-Quran  yang  bergerak.

2) Melahirkan  generasi  yang  bertanggungjawab  dalam  semua  aspek  dan  boleh  berdikari  dalam  menghadapi  arus  dunia  moden.

3) Melahirkan  generasi  yang  seimbang  dari  segi  mental, fizikal  dan  rohani.

4) Melahirkan generasi yang berdisiplin dan mempunyai semangat jihad yang tinggi demi untuk menyahut tuntutan agama masa kini.

5) Menonjolkan  sistem  pendidikan  Islam  yang  berasaskan  Al–Quran  dan  As–Sunnah  dan  yang  mampu  memberikan  saingan  kepada  pendidikan  sekular.

6) Membuktikan kepada masyarakat bahawa Maahad Tahfiz Mumtazatut-taqwa  ini  mampu  memberi  sumbangan  yang  besar  kepada  Agama, Bangsa  dan  Negara  dalam  proses  untuk  menegakkan  syiar  Islam  di bumi  Allah  ini



SISTEM PENDIDIKAN
 Maahad ini menawarkan pendidikan  hafazan  Al Quran  sepenuh masa  dan asas-asas Fardhu Ain,Bahasa Arab,Tajwid dan Akhlak.Tempoh  pengajian 3 tahun.  Mutu kualiti hafazan pelajar amat di tekankan.  Bagi menjaga kualiti  hafazan ,  program ithbat (tasmik bacaan)  hafazan 10 juzuk - 30 juzuk di jalankan   secara berkala bersama program panel Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Negeri Selangor (PITAS). Program ini  dijalankan  3 kali  setahun .

SYARAT-SYARAT KEMASUKKAN KE
 MAAHAD TAHFIZ MUMTAZATUT-TAQWA

1.     Pelajar yang ingin memasuki kelas tahfiz Al-Quran sepenuh masa wajib khatam 30 juzuk secara bacaan ( bertalaqqi ).

2.     Pengambilan pelajar adalah pelajar yang sudah berumur 11 – 13 tahun @ telah menduduki peperiksaan PMR @ SPM.

3.     Terbuka kepada pelajar yang lemah dalam akademik @ tidak memiliki sijil akademik tetapi mempunyai minat yang mendalam dalam bidang hafazan Al-Quran dengan syarat umur tidak kurang dari 11 tahun dan tidak melebihi 17 tahun serta mengikut budi bicara @ ujian temuduga.

4.     Pelajar yang berminat mengikuti kelas aliran tahfiz sepenuh masa adalah   wajib menetap di asrama yang telah di sediakan.

5.     Pelajar yang ingin mengikuti kelas aliran tahfiz sepenuh masa tidak dibenarkan mendaftar pengajian untuk tempoh kurang dari 12 bulan ( 1 tahun ).

6.     Pelajar yang berminat mestilah bersedia untuk patuh dengan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak maahad.

* ( Segala syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah tertakluk kepada pindaan dan keperluan semasa ).


KAEDAH PENGHAFAZAN AL-QURAN

Kaedah penghafazan Al-Quran adalah terpulang pada pertimbangan dan budi bicara guru tahfiz mengikut kemampuan pelajar tersebut.Ini adalah disebabkan masih terdapat pelajar yang lemah dalam penguasaan bacaan dan hafazan Al-Quran tetapi berminat untuk mengikuti kelas aliran tahfiz Al-Quran.Pelajar akan diajar mengikut tahap kemampuannya sehingga mampu menguasai pembacaan dan penghafazan Al-Quran dengan baik dan sempurna.

Setiap pelajar yang telah mula menghafaz wajib mengulang semula hafazan dan disemak oleh guru tahfiz apabila telah sampai ke setiap satu juzuk/maqra’ bagi menjaga kualiti dan bacaan hafazan pelajar tersebut.Pelajar juga disarankan menyusun sendiri sesi ulangan hafazan mereka secara persendirian bagi menanam sikap bertanggungjawab pelajar terhadap ayat-ayat suci Al-Quran yang mereka hafaz itu.



PERANCANGAN PENCAPAIAN ( TARGET HAFAZAN )

TAHUN PERTAMA

Bulan 1 hingga 3
Pengajaran dan penguasaan tajwid
Hafazan surah-surah penting
Hafazan juz 30

Bulan 4 hingga 7

Mula menghafaz surah Al-baqarah




Cadangan
  • ½ muka 1 hari
  • 1 Juz = 2 Bulan
Keseluruhan dapatan  =  2 juz


Bulan 8 Hingga 12
Cadangan:
  • Mula menghafaz 1 muka 1 hari
  • 1 Bulan = 1 Juz
  • Jumlah dapatan = 5 Juz

TAHUN KE DUA -  12 Juz


Bulan 1 hingga 12
Cadangan:
  • 1 muka = 1 hari
  • 1 bulan 1 juz
  • 12 bulan = 12 juz
TAHUN KE TIGA
Bulan 1 hingga 10
10 Juz
Bulan 11 – 12
Mengulang

Hafazan 30 juz di Maahad Tahfiz Mumtazatut-Taqwa selama 3 tahun.Tambahan setahun lagi untuk syahadah.

Tempoh pengajian maksima yang ditetapkan untuk setiap pelajar selama 5 tahun sahaja.Semoga Allah S.W.T permudahkan setiap pelajar untuk menghafaz Al-Quran dan menjadikan mereka anak yang solehah.




PROGRAM PEMANTAPAN

Bil
Program
Jangkaan / Tempoh
1
Program motivasi
Jan dan Jun


2
Program Penghayatan Al-Quran

  • Tugas penghafaz Al-Quran
  • Adab-adab yang perlu diamalkan
  • Tugas menjaga Hafazan


Jan


3
Pemantapan hafazan
  • Laporan pencapaian setiap minggu kepada Mudir
  • Ujian hafazan
  • Peperiksaan

Setiap minggu


2 Bulan sekali

4
Solat Hifzi
Sekali seminggu

5
Semak bacaan pada guru hafiz selain guru pengajian

Mengikut keperluan


6
Bimbingan / kaunseling
  • Pelajar yang tidak / kurang kemajuan akan dibimbing / kaunseling.
  • Atau dimaklumkan dengan penjaga untuk memberi kerjasama.


Bermula Mac

 


PEPERIKSAAN

  1. Peperiksaan pertengahan tahun -  Mata pelajaran Al-Quran dan
                                                              Kitab                                              

  1. Peperiksaan akhir tahun              -   Mata pelajaran Al-Quran dan
                                                                Kitab

TAKWIM CUTI

1        . Bulan 3 ( 9 hari )
2        . Bulan 6 ( 9 hari )
3        . Hari raya puasa ( 15 hari )
4        . Hari raya korban ( 10 hari )
5        . Bulan 12 ( 14 hari )

                                                                                                                                      
PENGANUGERAHAN SIJIL

Pelajar yang telah khatam menghafaz 30 juzuk dan lulus peperiksaan tamat pengajian ( syahadah ) akan dianugerahkan dua sijil berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.


  • Sijil Hafaz Al-Quran

  • Sijil Syahadah Tahfiz Al-Quran



AKTIVITI HARIAN BAGI PELAJAR TAHFIZ SEPENUH MASA
MAAHAD TAHFIZ MUMTAZATUT-TAQWA

MASA

AKTIVITI

05.00  am
Bangun daripada tidur
05.30  am
Solat tahajjud,doa,hafaz & mantapkan hafazan baru
Mengikut waktunya
Solat fajar
06.30  am
Bergerak ke sekolah
07.30  am
Sarapan
08.00  am
Membaca hafazan baru dihadapan guru
10.30  am
Rehat
11.00  am
Memantapkan dan membaca hafazan baru yang merangkumi tiga atau lima hafazan terakhir yang hampir dengan hafazan terkini
11.30  am
Asas bahasa arab & fardhu ain
12.00  pm
Tidur tengahari
Mengikut waktunya
Solat zohor
02.30  pm
Ulangan Al-Quran
Mengikut waktunya
Solat asar & bacaan Kitab dan Manzil
Lepas asar
Riadhoh & khidmat diri
06.30  pm
Makan malam
07.00  pm
Talakki & Lancarkan hafazan baru
Mengikut waktunya
Solat maghrib
Lepas maghrib
Menghafaz ayat-ayat baru
Mengikut waktunya
Solat isya’
Lepas isya’
Ulangan hafazan yang lama & satu juzuk hafazan baru
9.30  pm
Ulangan hafazan yang lama & satu juzuk hafazan baru
10.15  pm
Majlis bacaan surah Al-mulk & Sajadah
10.30  pm
Minum malam
11.00  pm
Tidur



TERTIB ULANGAN UNTUK SYAHADAH


TAHAP

HAFAZAN

BILANGAN
KHATAM


TEMPUH MASA

1
1 / 4
1 kali
4 bulan
2
1 / 2
1 kali
2 bulan
3
1 juz
3 kali
3 bulan
4
3 juz
2 kali
3 minggu
5
5 juz
6 kali
5 minggu
6
10 juz
10 kali
1 bulan
7
15 juz
5 kali
2 minggu
8
Ujian percubaan
Jumlah masa
1 tahun 2 minggu
9
Ujian syahadah


Ø  Pada ulangan tahap pertama pelajar dikehendaki memperdengarkan 1 / 4 juz kepada guru setiap hari sehingga lima juz. Lima juz tersebut akan dimantapkan sehingga guru berpuas hati, setelah itu barulah disambung proses yang sama untuk lima juz berikutnya.



Ø  Semua hafazan daripada tahap 1 – 3 akan disemak oleh guru, sementara tahap 4 dan seterusnya akan disemak oleh guru sekurang-kurangnya satu juz dan bakinya mengikut keadaan tertentu dan akan disemak oleh pelajar dengan pengawasan daripada guru.

Ø  Pelajar yang mantap hafazannya setelah melalui penilaian guru,boleh terus memulakan ulangan tahap 2,3 dan 4.

Ø  Guru akan membuat semakan dengan teliti dalam ujian percubaan dan menandakan setiap kesalahan pada naskhah Al-Quran pelajar dan pada catitan kertas yang khusus,kemudian pelajar akan memperbetulkan semua kesalahan-kesalahan tersebut dengan mengulangi bacaan yang betul berkali-kali sehingga diyakini bacaan yang betul melekat dilidah dan kesalahan itu sudah diperbetulkan.

Ø  Guru akan memaklumkan kepada pelajar tempat-tempat ayat yang mutasyabihat ( kesamaran ) dari segi lafaz Al-Quran dan membuat latihan ujian dengan menyoal secara rambang.    


TERTIB BAGI MENDUDUKI UJIAN AKHIR UNTUK MENDAPATKAN SYAHADAH HAFAZAN AL-QURAN

1.                  Ujian akhir untuk mendapatkan syahadah akan dijalankan sekurang-kurangnya setelah seminggu ujian percubaan selesai.

2.                  Mudir & Penolong kanan tahfiz terlebih dahulu akan mengadakan ujian tajwid kepada pelajar yang selesai menjalani tertib ulangan dan berkeyakinan untuk mengambil ujian bacaan 30 juz Al-Quran sekaligus, sebelum tarikh ujian tersebut ditentukan.

3.                  Pelajar yang telah diluluskan oleh mudir & penolong kanan tahfiz akan menjalani ujian percubaan dengan guru tahfiz Al-Quran.


PERATURAN UJIAN SYAHADAH

1.                  Semasa peperiksaan syahadah,pelajar dikehendaki membaca dengan suara yang jelas dan teratur serta tajwid & tartil yang sempurna.

2.                  Pelajar dikehendaki memberitahu tempat sujud tilawah apabila sampai pada ayat yang berkenaan dengan membaca doa sujud tilawah.begitu juga dengan tempat waqaf muanaqah (    ) hendaklah diberitahu & dilaksanakan.

3.                  Pelajar dikehendaki melakukan waqaf & wasal dengan betul.markah akan dipotong terhadap sebarang kesalahan pada waqaf & wasal.



PEMARKAHAN

1.                              25%  adalah markah penuh bagi kelancaran ( tidak tersekat-sekat ).

2.                              45%  adalah markah penuh bagi yang tidak ada apa-apa kesalahan lafzi ( seperti salah sebut sehingga ditegur,tertinggal baris,huruf,tasdid,lupa, menambah huruf @ kalimah dan lain-lain.                                                                                     

3.                              30%  adalah markah penuh bagi tajwid,makhraj,sifat huruf,izqam,mad,waqaf,ibtidak & lain-lain.

TAHAP-TAHAP UJIAN SYAHADAH

1.                              Bacaan Al-Quran 30 juz dalam masa satu hari.

2.                              Bacaan Al-Quran 30 juz dalam masa dua hari.

3.                              Bacaan Al-Quran 30 juz dalam masa tiga hari.

4.                              Bacaan Al-Quran 30 juz dalam masa empat hari iaitu 15 juz dalam masa dua hari & 15 juz seterusnya dalam masa dua hari berikutnya.


TAKDIR @ DARJAH MENGIKUT PERATUSAN

1.                              Mumtaz  ( cemerlang )  =  85% - 100%

2.                              Jayyid-jiddan  ( amat baik )  =  75% - 84%

3.                              Jayyid  ( baik )  =  65% - 74%

4.                              Makbul  ( lulus )  =  45% - 64%

5.                              Rasib  ( gagal )  =   0% - 44%


Ø  Pelajar hafizah yang berjaya memperolehi sijil hafaz Al-Quran dan sijil syahadah Al-Quran layak untuk memohon ISBAT hafazan dengan JAIS & Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor ( PITAS ).

Ø  Pelajar tahfiz yang cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) berpeluang melanjutkan pengajian dan penghafazan peringkat diploma di Darul Quran ( JAKIM ) Ampang Pecah,Hulu Selangor yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah di luar negara ( Mesir @ Jordan ).

Ø  Pelajar tahfiz yang cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) juga berpeluang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) di dalam negara.


________________________


HALA TUJU

MAAHAD TAHFIZ MUMTAZATUT-TAQWA




TAHFIZ SEPENUH MASA
( KHATAM 30 JUZUK )
( TIGA TAHUN )



ISBAT HAFAZAN 30 JUZUK
( JAIS @ PITAS )

  


PERSIAPAN SPM DI KUIS / UNISEL



  IPTA / IPTS



MESIR @ JORDAN




PENUTUP
Adalah menjadi cita-cita dan hasrat  Maahad Tahfiz Mumtazatut-Taqwa untuk muncul sebagai sebuah institusi pendidikan  yang di urus secara sistematik, cekap dan berkualiti. Di samping itu, pihak kami juga bercita-cita untuk memberi perkhidmatan yang terbaik melalui sistem pendidikan Maahad Tahfiz Mumtazatut-Taqwa yang berteraskan hafazan Al-Quran dan As-Sunnah.

Untuk mencapai cita-cita dan hasrat ini, maka penggembelingan tenaga semua pihak merangkumi pihak Maahad Tahfiz Mumtazatut-Taqwa,ibubapa, pihak swasta dan pihak kerajaan serta para dermawan adalah amat penting untuk merealisasikan cita-cita dan hasrat tersebut. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan derma berupa wang zakat, atau sedekah jariah daripada semua pihak demi untuk Memperkasa Jiil Al-Quran.


________________________


AHLI JAWATANKUASA MAAHAD TAHFIZ MUMTAZATUT-TAQWA
      
PENAUNG

PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SELANGOR
( PITAS )
 
PENGERUSI


UST MOHD SHAHIR BIN RAMLI


TIMBALAN PENGERUSI


UST ADAM SHAH BIN SHAHIDAN



MUDIRAH


USTZH FATIMAH BINTI MUHAMMAD AZWIR SYAM


SETIAUSAHA


UST ABD LATIF BIN RAMLI


BENDAHARI


UST MOHD ZAHID BIN RAMLI


_____________________


INFORMASI  AKAUN


Nama                    :  MAAHAD TAHFIZ MUMTAZATUT - TAQWA                 

Bank                     :  BIMB
 
Account  No          : 12074010062016  











Semoga Allah s.w.t akan merahmati dan memberkati Maahad Tahfiz Mumtazatut-Taqwa ini dan memberi ganjaran kepada sesiapa sahaja yang memberi sumbangan sama ada besar atau kecil dan kepada pengwakaf tapak dan bangunan ini semoga menjadi sedekah jariah kepada mereka.Aminn...


Disediakan oleh,                                                      


Ustzh Fatimah binti Muhammad Azwir Syam       
Mudirah                                                       
Maahad Tahfiz Mumtazatut-Taqwa          

           
Disahkan Oleh,

Ust Mohd Shahir bin Ramli
Pengerusi                                                                                                                                       
Maahad Tahfiz Mumtazatut-Taqwa



وَلَقَدْ يَسَّرْنَا القُرْءَانَ لِلذِكْرِ فَهَلْ مِن مُدَّكِرٍ 

Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, Maka Adakah orang yang mengambil pelajaran?