Kata-Kata Pendahuluan

SELAMAT DATANG 

KE LAMAN 

MAAHAD TAHFIZ MUMTAZATUT TAQWA

BUKIT CHANGGANG, DENGKIL


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan rahmat dan izin – NYA dapat saya merakamkan kata kata di Laman Maahad. Tahniah kepada jawatankuasa Unit Pembangunan ICT merangkap administrator,editor dan semua pihak yang berjaya  membina Lama ini.

Laman ini merupakan salah satu strategi untuk memperkenalkan dan mempromosi Maahad secara lebih meluas dan perkongsian dunia Huffaz sebenar secara menyeluruh disamping medan berita dan  dokumentasi yang memuatkan segala kejayaan, memori, nostalgia dan peristiwa persekolahan sepanjang tahun. Dengan terbinanya Laman ini segala pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai dapat dikongsi dan dijadikan dorongan bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di dunia apatah lagi di akhirat kelak selari dengan visi dan misi Maahad untuk melahirkan generasi Al Quran yang bersepadu dunia akhirat yang berupaya membangunkan ummah mengikut perkembangan dunia tanpa sempadan. Kejayaan membina Laman ini adalah gandingan kemahiran guru dan murid dalam bidang multimedia dan ICT yang dapat menjadikan Laman ini lebih menarik dari segi paparan, kualiti,gambar serta persembahan. Allahumma Amin Ya Allah…

Akhir kata, tahniah dan syabas sekali lagi kepada ahli jawatankuasa, pembinaan Laman ini yang menjadi kebanggaan seluruh warga Maahad Tahfiz Mumtazatut Taqwa. Salam manis penuh kenangan buat semua.

Sekian,terima kasih.

Memperkasa Generasi Al Quran.

USTAZAH FATIMAH BINTI MUHAMMAD AZWIR SYAM
Pengetua/Mudirah, 

Maahad Tahfiz Mumtazatut Taqwa.